“Dia Menantikan Saya Sampai Hujung Nyawa..” – Cef Wan ‘Throwback’ Kisah Bersama Bekas Isteri, Nafkah Tak Pernah ‘Miss’

Kehidupan

“Dia Menantikan Saya Sampai Hujung Nyawa..” – Cef Wan ‘Throwback’ Kisah Bersama Bekas Isteri, Nafkah Tak Pernah ‘Miss’

Perkahwinan yang berakhir dengan perceraian tidak semestinya memutuskan nilai hormat dan tanggungjawab terhadap bekas pasangan. Prinsip itu jelas dipegang oleh cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.

Menerusi perkongsian peribadi di media sosial, Chef Wan mengakui fasa kehidupan selepas perceraian bukan sesuatu yang mudah. Namun, kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berubah, malah kebajikan bekas isterinya tetap menjadi tanggungjawab yang dipikul dengan penuh ihsan.

Advertisement

Mengimbas kehidupan berkeluarga, Chef Wan berkongsi rutin hujung minggu bersama keluarga seperti mengemas rumah, memandikan anak-anak serta membeli bahan mentah di pasar untuk dimasak oleh isterinya ketika itu. Beliau turut memuji bekas isterinya sebagai seorang wanita yang pandai memasak dan suri rumah yang baik.

Seiring kematangan usia, Chef Wan mengakui dirinya cuba menjadi insan yang lebih baik. Atas dasar simpati dan tanggungjawab, beliau mengambil keputusan untuk terus menjaga kebajikan bekas isterinya yang tidak pernah bekerja sepanjang perkahwinan mereka, malah berjanji untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terpelihara sehingga akhir hayatnya.

Cef wan dan isteri

Lebih menyentuh hati, Chef Wan mendedahkan beliau pernah menggalakkan bekas isterinya mencari kebahagiaan baharu dan sanggup menaja perkahwinan serta pakej bulan madu sekiranya wanita itu berkahwin dengan lelaki lain. Namun, bekas isterinya memilih untuk kekal setia dan mengakui sukar mencari insan yang memiliki hati sepertinya.

Mengakhiri perkongsian, Chef Wan menegaskan bahawa masa lalu tidak boleh diubah, namun memaafkan dan tidak menyimpan dendam adalah kunci untuk hidup dengan tenang kerana setiap manusia mempunyai kelemahan tersendiri.

Untuk rekod, bekas isterinya, Norhayate Ayub meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung pada Mac 2020. Perkahwinan mereka yang diatur oleh keluarga bertahan selama empat tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fatin morat chazy nash
2026-01-02 09:38:32

"Sedih Jika Sebab Kebiadaban & Campur Tangan Hampa, Fatin Tak Dapat Nafkah Lagi.." - Chazynash Bersuara Dakwaan Fitnah Abai Bekas Isteri

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...