“Dia Menangis…”- Ibu Mangsa Dera Adik Alia Munculkan Diri, Minta Bantuan Bekas Majikan

Berita

“Dia Menangis…”- Ibu Mangsa Dera Adik Alia Munculkan Diri, Minta Bantuan Bekas Majikan

Kecoh sejak semalam mengenai kes penderaan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dilakukan ibu angkatnya sehingga menjadi bahan bualan netizen di media sosial.

Berikutan itu, seorang individu mendakwa ibu kepada adik Alia yang didera itu telah tampil dan kini berada di dalam jagaan keluarga mereka.

Advertisement
adik aliaSumber : Twitter  

Kata individu itu, dia dan isterinya mengenali suspek kes dera itu sebelum bertemu dengan ibu kanak-kanak berkenaan pada tahun lalu.

Saya dengan isteri kenal dengan suspek kes dera itu kerana dulu dia jual kucing. Kemudian isteri ada buat IG Story nak cari pembantu rumah. Jadi suspek kata dia boleh bantu.

Kami tunggu lebih sebulan baru dia hantar pembantu rumah yang dikenali sebagai Emelda. Dari Indonesia berusia 22 tahun. Emelda jadi pembantu rumah adik ipar saya pada Mac tahun lepas.

Anak Emelda iaitu Alia pada masa yang sama dibela oleh suspek, namun si ibu kemudian lari dari rumah majikannya pada awal Mei kerana mengikuti abang kandungnya bekerja di Klang.

Semalam lepas video dera itu tular, Emelda datang merayu dekat kami minta tolong. Dia tiada sesiapa di Malaysia, sebab tu dia patah balik dekat kami.

Dedah individu itu lagi, si ibu mangsa berasa sangat sedih dan hiba mengenangkan anak perempuannya diperlakukan dengan kejam seperti itu.

 

Difahamkan, individu itu telah membawa Imelda kepada pihak berkuasa bagi tujuan membantu siasatan dan hanya membantu wanita itu atas dasar kemanusiaan.

Manakala Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan memaklumkan bahawa dua individu yang dikaitkan dalam kes dera itu sudah pun ditahan dan mangsa juga telah diselamatkan.

Adik Alia kini berada dalam keadaan selamat dan sedang menjalani pemeriksaan di hospital.

4 bulan lalu

(VIDEO)“Tergamaknya Ya Allah”- Letak Batang Penyapu Di Leher, Video Wanita Dera Kanak-Kanak Kini Tular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 24, 2022 at 12:49 pm

    kalau tak kerana kes dera mesti ibunya terus tinggalkan alia pd suspek tu..masa lari x igt nk bw ank..kau tinggal gitu je..kesian budak tu
    hishh geram betui la..bila dah viral dgn kes tu baru kau muncul ngaku ibu

    • brunes

      July 25, 2022 at 4:59 pm

      kau sendiri pun tak tahu cerita kenapa si ibu tu terpaksa meninggalkan alia terhadap suspek tu. kalau kau tengok ig suspek tu pun tak kan terfikir alia ni akan di dera sampai macam tu. ibu mana yang nak tengok anaknya di dera? maybe ibu nya susah dan rasa pendapatan tidak cukup untuk besarkan alia, dari alia menderita dia memang fikir lebih baik dia asuhkan saja alia untuk kesenangan hidup anaknya. how dare kau cakap masa lari tak ingat nak bawa anak?? kalau dia betul tak peduli memang alia kena dera pun dia mungkin tak peduli.. emosi aku baca komen kau yang tulis pakai buku lali ni. pls be more sensitive the issue here is pendera tu bukan ibu nya!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...