Kecoh sejak semalam mengenai kes penderaan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dilakukan ibu angkatnya sehingga menjadi bahan bualan netizen di media sosial.
Berikutan itu, seorang individu mendakwa ibu kepada adik Alia yang didera itu telah tampil dan kini berada di dalam jagaan keluarga mereka.
Kata individu itu, dia dan isterinya mengenali suspek kes dera itu sebelum bertemu dengan ibu kanak-kanak berkenaan pada tahun lalu.
Saya dengan isteri kenal dengan suspek kes dera itu kerana dulu dia jual kucing. Kemudian isteri ada buat IG Story nak cari pembantu rumah. Jadi suspek kata dia boleh bantu.
Kami tunggu lebih sebulan baru dia hantar pembantu rumah yang dikenali sebagai Emelda. Dari Indonesia berusia 22 tahun. Emelda jadi pembantu rumah adik ipar saya pada Mac tahun lepas.
Anak Emelda iaitu Alia pada masa yang sama dibela oleh suspek, namun si ibu kemudian lari dari rumah majikannya pada awal Mei kerana mengikuti abang kandungnya bekerja di Klang.
Semalam lepas video dera itu tular, Emelda datang merayu dekat kami minta tolong. Dia tiada sesiapa di Malaysia, sebab tu dia patah balik dekat kami.
Dedah individu itu lagi, si ibu mangsa berasa sangat sedih dan hiba mengenangkan anak perempuannya diperlakukan dengan kejam seperti itu.
ni kawan i record pukul 1pagi 19julai , i tidur dh time ni dia dpt record pic.twitter.com/hDhDlJ88p6
— aqiel ?? (@theaqil_) July 22, 2022
Difahamkan, individu itu telah membawa Imelda kepada pihak berkuasa bagi tujuan membantu siasatan dan hanya membantu wanita itu atas dasar kemanusiaan.
Manakala Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan memaklumkan bahawa dua individu yang dikaitkan dalam kes dera itu sudah pun ditahan dan mangsa juga telah diselamatkan.
Adik Alia kini berada dalam keadaan selamat dan sedang menjalani pemeriksaan di hospital.