“Dia Memang Tak Sensitif Ke?” – Individu Persoal ‘Jenaka’ Nabila Ahmad Berkaitan GSF Di Konti Radio

Hiburan

“Dia Memang Tak Sensitif Ke?” – Individu Persoal ‘Jenaka’ Nabila Ahmad Berkaitan GSF Di Konti Radio

Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad menerima kecaman hebat di media sosial selepas tindakannya dianggap biadab dan tidak sensitif ketika menemubual penyanyi serta sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Zizi Kirana, dalam satu segmen siaran radio baru-baru ini.

Menurut perkongsian tular di Threads oleh pengguna ini, Nabil dilihat melontarkan jenaka berunsur tidak wajar ketika Zizi sedang menceritakan pengalaman pahitnya berdepan tentera Israel (IDF) sewaktu misi kemanusiaan ke Gaza.

Advertisement

Nabil ahmad

Ramai netizen menyifatkan tindakan Nabil itu “lawak tak kena tempat”, malah ada yang berpendapat beliau sepatutnya menunjukkan lebih empati dan profesionalisme terhadap tetamu undangan yang baru sahaja melalui pengalaman traumatik.

“Tak kelakar pun. Sepatutnya Nabil belajar cara kendalikan temu bual dengan lebih beradab, bukan buat main hal serius macam ni,” tulis seorang pengguna.

Rata-rata komen di media sosial menunjukkan sokongan kepada Zizi, dengan ramai yang menggesa agar stesen radio terlibat memberikan latihan komunikasi dan etika penyiaran kepada Nabil supaya lebih peka terhadap situasi dan perasaan tetamu.

nabil ahmad

Setakat ini, Nabil belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut, namun insiden ini mencetuskan perbincangan meluas tentang tanggungjawab personaliti media dalam mengendalikan topik sensitif, terutama melibatkan isu kemanusiaan dan trauma perang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zizi kirana
2025-10-09 10:34:29

"Kau Pergi Baca Muka Surat Pertama Passport Kami" - Zizi Kirana Kongsi Momen Berhadapan Dengan Tentera Isr*el Ketika Ditahan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...