Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Memang Suka Menuduh” – Bekas Isteri Ammar Alfian Akui Bersyukur Sudah Bercerai

Bekas isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam khabarnya enggan memberi sebarang komen berikutan tuduhan yang dilemparkan bekas suaminya kerana telah menganggap kedua-dua mereka sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan. 

Advertisement

Bagaimanapun, beliau difahamkan amat bersyukur kerana sudah selamat bercerai semalam.

Menurut laporan Gempak, perasaan syukur itu dikirim Nelissa saat menjawab pertanyaan menerusi hantaran WhatsApp kepadanya.

“Sebenarnya saya tak mahu komen. Saya cuma bersyukur kerana saya sudah bercerai. Dia (Ammar) selalu menuduh saya apa sahaja. Saya sebenarnya sudah tidak mahu melayaninya lagi. Lagipun saya tidak ada apa-apa hubungan dengannya lagi.”

Terdahulu, Nelissa dituduh telah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap ibu bapa bekas suaminya. Ammar dan Nelissa telah bercerai secara tebus talak pada Rabu.

Advertisement

Difahamkan, Nelissa telah membayar RM7,000 sebagai nilai bayaran iwad kepada Ammar.

Untuk rekod, Nelissa dikatakan telah membuat tuntutan cerai sejak Januari di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur lalu namun tuntutan itu telah ditolak Ammar pada Julai.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Namun, ikatan suami isteri yang dibina itu difahamkan makin bergolak selepas Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika Nelissa sedang hamil enam bulan.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top