Bekas isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam khabarnya enggan memberi sebarang komen berikutan tuduhan yang dilemparkan bekas suaminya kerana telah menganggap kedua-dua mereka sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan.
Bagaimanapun, beliau difahamkan amat bersyukur kerana sudah selamat bercerai semalam.
Menurut laporan Gempak, perasaan syukur itu dikirim Nelissa saat menjawab pertanyaan menerusi hantaran WhatsApp kepadanya.
“Sebenarnya saya tak mahu komen. Saya cuma bersyukur kerana saya sudah bercerai. Dia (Ammar) selalu menuduh saya apa sahaja. Saya sebenarnya sudah tidak mahu melayaninya lagi. Lagipun saya tidak ada apa-apa hubungan dengannya lagi.”
Terdahulu, Nelissa dituduh telah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap ibu bapa bekas suaminya. Ammar dan Nelissa telah bercerai secara tebus talak pada Rabu.
Difahamkan, Nelissa telah membayar RM7,000 sebagai nilai bayaran iwad kepada Ammar.
Untuk rekod, Nelissa dikatakan telah membuat tuntutan cerai sejak Januari di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur lalu namun tuntutan itu telah ditolak Ammar pada Julai.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2016. Namun, ikatan suami isteri yang dibina itu difahamkan makin bergolak selepas Ammar didakwa menjalinkan hubungan sulit ketika Nelissa sedang hamil enam bulan.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kyro Shakur yang kini berusia setahun.
Sumber: Gempak