“Dia Memang Mulut Laser & Tak Bertapis” – Imej Sebagai Penyanyi Senior Akan Tercalar, Saari Amri Rasa Hattan Tak Perlu Minta Maaf

Hiburan

“Dia Memang Mulut Laser & Tak Bertapis” – Imej Sebagai Penyanyi Senior Akan Tercalar, Saari Amri Rasa Hattan Tak Perlu Minta Maaf

Bukan saja pelawak Tauke Jambu merasakan penyanyi veteran, Datuk Hattan tidak perlu meminta maaf, malah komposer Saari Amri juga merasakan seperti itu susulan dianggap biadab sewaktu sesi temubual secara live di Astro Awani, baru-baru ini.

Menurut Saari, seandainya Hattan membuat permohonan maaf terhadap wartawan tersebut, imej serta reputasinya sebagai penyanyi senior yang dihormati bakal tercalar.

Advertisement

Secara peribadi dia (Hattan) memang seorang yang susah nak minta maaf. Kejantanannya akan tercabar.

saari amri

Dalam pada masa yang sama, komposer tersebut berkata karakter Hattan sememangnya seorang yang kasar selain sering tidak bertapis sewaktu berbicara jika ada pendapat yang ingin dilontarkan.

Tambahannya lagi, susulan wartawan Astro Awani bernama Nur Syazwani menyangka dirinya sudah meninggal dunia, Saari sama sekali tidak berkecil hati, malah berasa bangga masih ada dalam ingatan generasi pada hari ini.

hattan biadab

Beberapa hari lalu, Datuk Hattan teruk dikecam netizen setelah tular satu paparan klip dirinya menyelar wartawan Astro Awani dalam sesi temubual secara siaran langsung dan ramai menganggap penyanyi tersebut tidak profesional.

12 months ago

"Saya Makin Kenal Siapa Kawan 'Tikam Belakang'.." - Hattan Syukur Kerjaya Tak Terjejas Dek Kontroversi Selar Wartawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...