Ramai sedia tahu bahawa pelakon Intan Ladyana kini sedang hangat bercinta dengan pelakon muda, Harris Alif.
Meskipun berbeza umur hampir 17 tahun, Intan Ladyana,38, mengakui dia menerima pelbagai reaksi daripada peminat namun tetap positif dengan pilihan hatinya.
Intan turut berkata bahawa dia lebih memilih untuk tidak mahu terlalu berkongsi kisah hidupnya terutama perihal cinta kepada umum kerana tidak mahu hubungan tersebut berakhir begitu sahaja.
Mengulas lanjut mengenai perhubungan mereka, Intan berkata dia mula mengenali Harris pada awal tahun ini dan hanya baru beberapa bulan sahaja bercinta. Turut berkata jika ada jodoh berkahwin, sudah pasti dia akan mengumumkan kepada umum kelak.
“Sejak dari dulu saya suka keep in private. Tiba-tiba kalau tak jadi nanti malu. Lebih baik diam. Tak selesa cerita fasal peribadi. Bercinta dengan lelaki berbeza umur ni tak salah. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk tidak bercerita sangat. Takut orang lain pun bercakap benda itu dan saya tak suka,”
Dia yang ditemui media baru-baru ini turut mendedahkan sebab mengapa dia tertarik untuk mengenali Harris dengan lebih rapat. Sikap matang dan mudah memahami menjadi antara sebab mengapa Harris menjadi pilihan hatinya.
“Harris lebih matang daripada usianya dan senang berkomunikasi. Dia faham apa yang kita nak sampaikan. Selalunya perbezaan umur ni susah nak berkomunikasi, tapi dengan dia tidak. Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya..”
Intan Ladyana turut berkata bahawa perbezaan umur bukanlah isu besar dan menerima jodoh itu dengan hati terbuka jika telah menemui titik keserasian meskipun dengan orang yang jauh lebih muda mahupun lebih berusia daripada dirinya.
Sumber : mStar Online