Melalui laporan Hib Glam, Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, ataupun suami penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Dr. Rushdi Ramli masih kekal dengan keputusan untuk mempertahankan perkahwinan yang dibina bersama isterinya itu.
Rushdi masih sayangkan Nora, yakin ada ruang berdamai
Hal tersebut diberitahu oleh peguam syarie yang mewakili Rushdi iaitu Azmi Mohd. Rais, selain memaklumkan anak guamnya selaku defendan tidak dapat hadir pada proses pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, hari ini.
Apa yang anak guam maklumkan, dia masih sayang kepada isteri. Insya-Allah ada ruang untuk berdamai. Nora juga mempunyai hak sama ada masih ingin meneruskan atau tidak (perceraian), tapi Rushdi masih lagi dalam usaha memujuk.
Menurut Azmi, pada prosiding hari ini sebenarnya pihaknya sudah meminta untuk meminda ke tarikh yang lebih awal, bagaimanapun tidak mendapat kelulusan daripada pihak mahkamah.
Nora kekal dengan keputusan cerai
Hari ini, plaintif sudah melantik Rafeah Ariffin sebagai wakil JKP. Pihak kami juga sudah mengenal pasti wakil JKP Rushdi iaitu Syamsul Omar yang juga rakannya. Hari ini kami hanya ambil tarikh seterusnya bagi laporan JKP.
Sekadar info, pada 21 April lalu, Nora Ariffin telah memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling kerana merasakan perkahwinan yang dibina gagal menemui titik penyelesaian.
Namun, Rushdi masih enggan melafazkan cerai kerana masih mahu menyelamatkan perkahwinan tersebut dan mengakui masih menyayangi Nora, malah elak perceraian kerana hal itu ditegah dalam Islam.