“Dia Masih Iqram Yang Dulu, Seperti Langit & Bumi Beza Dengan Dakwaan Netizen” – Bade

Hiburan

“Dia Masih Iqram Yang Dulu, Seperti Langit & Bumi Beza Dengan Dakwaan Netizen” – Bade

Kalau disebut nama Iqram Dinzly, pasti kebanyakan cerita yang berlegar di fikiran netizen adalah berkenaan kontroversi dan tingkah laku peliknya.

Namun, menepis dakwaan itu, Pengarah drama bersiri Hati Yang Dikhianati, Bade Hj. Azmi menyifatkan pelakon itu komited sepanjang berada di lokasi penggambaran.

Advertisement

Menurut Gempak, Bade berkata sikap Iqram ketika bekerja sama sekali tidak seperti yang dihebohkan oleh netizen selama ini. Pelakon itu dikatakan mempunyai auranya tersendiri dan mudah menerima arahan.

Kata Bade lagi, dia sudah mengenali pelakon berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu iaitu ketika Iqram masih remaja. Bagaimanapun, sudah agak lama Bade tidak berjumpa dan hanya melihat perkembangan Iqram menerusi IG dan komen di media sosial.

Apabila kami bertemu semula, dia masih Iqram yang dulu. Seperti langit dan bumi bezanya dengan dakwaan-dakwaan netizen sebelum ini. Dia profesional dan saya tiada masalah bekerjasama dengannya.”

Jelas Bade lagi, kemunculan Iqram menerusi drama berkenaan dapat mengubat rindu peminat yang sudah lama menantikannya kembali aktif dalam karier seninya.

Katanya, disebabkan bakat Iqram sebagai seorang pelakon dan aura yang dimilikinya itu, ramai penonton terkesan dan berasa geram dengan watak yang dilakonkannya.

Iqram Dinzly
3 years ago

"Bukan Macam Anjing Menyalak, Tuduh Aku Rosak Akidah.." Iqram Dinzly Bidas Teguran PU Syed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...