Pelakon, Puteri Sarah Liyana enggan mengulas mengenai hubungan dengan suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Bagaimanapun, Sarah memaklumkan suaminya tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anak mereka.
Malah, pelakon berusia 36 tahun itu berkata dia gembira apabila Syamsul sentiasa meluangkan masa bersama dua cahaya mata mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Dia masih jumpa anak-anak, telefon dan video call dengan diorang. Dan dia masih lagi jalankan tanggungjawab bagi nafkah.”
Menurut Sarah sekiranya dia sibuk dengan kerja dan tidak dapat bersama dengan anak-anak, suaminya akan mengambil giliran untuk bersama mereka.
Jadi saya gembira bila dia luangkan masa dengan anak-anak.”
Dalam pada itu, Sarah berkata dia juga masih mempunyai hubungan baik dengan keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah serta akan membawa anak-anak ke rumah mereka pada setiap hujung minggu.
Jadi bila saya ke sana, dia (Syamsul) akan berjumpa dengan anak-anak.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.