Pelakon dan juga pengarah berbakat, Ellie Suriaty yang ditemui Kosmo Online mendedahkan bahawa dia mendoakan bekas suami, pelakon Azri Iskandar agar bernikah dengan seorang wanita yang lebih baik daripada dirinya.
Kata Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 52, anak-anaknya juga sering berkongsi artikel mengenai bapa mereka dengannya.
Namun, Ellie merasakan bahawa dia lebih memilih untuk berdiam diri memandangkan bahawa status mereka bukan lagi sebagai pasangan suami isteri.
Saya pun tidak boleh nak bercakap banyak dengan Azri sebab kini saya sudah jadi orang luar dalam hidupnya.
Jelasnya, Azri sudah menjadi ‘orang luar’ dan mempunyai kekasih baru jadi Ellie tidak mahu membuat kenyataan yang boleh mengguris hati mana-mana pihak.
Sebab saya pernah bagi kenyataan dan Azri sendiri sangat marah dan mengatakan saya sudah mencalarkan nama baik wanita tersebut.
Dalam pada itu, Ellie berkata anak-anak mereka berhak untuk berjumpa bakal isteri baru bapa mereka namun tidak berpeluang sehingga ke hari ini.
“Bahkan, dia pun tak pernah bawa anak-anak bertemu dengan wanita tersebut. Individu tersebut wujud tapi tidak tahu identitinya sehingga hari ini. Bila timbul banyak kekeliruan sebegini, anak-anak yang menjadi mangsa.” ujar Ellie.
Terdahulu, pasangan pelakon ini mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk bercerai setelah 19 tahun hidup berumahtangga.
Kurang sebulan daripada tarikh bercerai, Azri Iskandar kemudian memaklumkan bahawa dia sedang mengenali seorang wanita yang dikenali sebagai Dr Azra namun dirahsiakan identitinya sehingga ke hari ini.
Azri baru-baru ini telah mengumumkan sudah bertunang dengan wanita misteri itu dan berjanji akan mendedahkan siapakah gerangannya pada hari pernikahan mereka yang dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.