Sungguh pantas dalam memberi bantuan, jika ada kesusahan atau dugaan yang dihadapi orang ramai, personaliti Ebit Lew pasti antara yang pertama tampil menghulurkan pertolongan.
Terkini, akibat terlalu banyak rungutan mengenai kekurangan peranti gajet dan komputer untuk urusan pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar, Ebit Lew tampil menjadi ‘hero’ apabila dia menyediakan lebih kurang 100 buah Tab untuk mereka yang benar-benar memerlukan.
Perkara tersebut diumumkan pendakwah bebas dan juga usahawan tersebut menerusi akaun Instagramnya, semalam.
View this post on Instagram
“Pohon daoakan yer. Baru beli 100 biji tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan.”
Meninjau ruangan komen, usaha dan bantuan yang diberikan oleh Ebit Lew itu telah disambut baik oleh orang ramai kerana merasakan ianya sangat diperlukan buat mereka yang terdesak.
View this post on Instagram
Ada juga yang berpendapat, sumbangan peranti gajet untuk pembelajaran dan pengajaran dalam talian itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu-bapa yang mempunyai anak yang ramai misalnya dalam urusan pembelian bahan utama pembelajaran norma baharu itu.
Ternyata, sumbangan hasil bantuan orang ramai yang diberikan kembali untuk masyarakat itu pastinya terkandung seribu satu rahmat buat mereka yang kurang berkemampuan.