“Dia Letak Syarat Tarik Balik Kes Polis Jika Ingin Bercerai” – Zahnita Wilson Anggap Suami Cuba ‘Play Victim’

Hiburan

“Dia Letak Syarat Tarik Balik Kes Polis Jika Ingin Bercerai” – Zahnita Wilson Anggap Suami Cuba ‘Play Victim’

Pelakon Zahnita Wilson tampil membuka mulut setelah suaminya, Abdul Zackery mendakwa dirinya adalah mangsa sebenar keganasan rumah tangga yang berlaku di antara mereka berdua.

Zahnita yang ditemui media mengakui terkejut dengan dakwaan yang dibuat suami namun enggan memberikan sebarang komen lanjut.

Advertisement

Menurut model terkenal itu lagi, dia akan tetap memperjuangkan haknya meskipun Zackery tampil dengan kenyataan ‘plot twist’ tersebut.

Maaf saya tidak mahu ulas apa-apa tentang kenyataan tersebut. Tapi saya tak sangka sebenarnya dia boleh berkata demikian. Nak ke orang tahu tentang hal ni? Kalau dia nak buat macam ni, okay saya akan teruskan dengan kes ni.

Jelas Zahnita lagi, tindakan Zachery itu susulan dia enggan menarik balik kes polis yang dilaporkan terhadap lelaki itu sebelum ini.

Perkara ini berlaku disebabkan saya tidak menarik balik kes terhadap dia.

Semalam telah berlangsungnya kes mahkamah. Di hadapan hakim, dia memberitahu saya antara salah satu syarat untuk dia lafazkan cerai terhadap saya adalah untuks aya tarik balik laporan kes.

Apa yang dia cuba lakukan sekarang adalah salah satu kempen untuk dia menunjukkan diri dia tidak bersalah.

Terdahulu, suami Zahnita, Abdul Zackery Ghouse mendakwa dia sering di’muay thai’ Zahnita dan menafikan dia yang memukul isterinya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

27 mins ago

Dedah Foto Mata Lebam Zahnita Foto Lama, Anak Sulung Tampil ‘Back Up’ Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...