Seorang pengarah didakwa pernah membaling kerusi kepada pelakon kerana tidak boleh mengeluarkan air mata ketika melakonkan babak sedih.
Insiden itu dialami pelakon Indonesia, Citra Kirana yang mendedahkan ia terjadi pada awal pembabitannya dalam dunia lakonan.
Ketika itu, Citra terlibat sebagai salah seorang pelakon drama bersiri, Tukang Bubur Naik Haji dan semuanya bermula apabila dia tidak boleh menangis untuk adegan sedih.
Apa yang terjadi, pengarah telah melemparkan kerusi ke arah saya. Bukan menangis, saya sebaliknya jadi takut dengan kejadian tersebut dan tidak boleh mengeluarkan air mata.
Tambahnya, meskipun kerusi itu tidak kena padanya namun insiden tersebut membuatkannya takut untuk datang ke set penggambaran dan bertemu pengarah.
Ujarnya, tindakan itu tidak elok dijadikan contoh dan sebetulnya pengarah terbabit perlu mengambil pendekatan yang lebih baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.