“Dia Lelaki Istimewa Dalam Hidup Saya..” Zulin Aziz Akui Sudah Punya Kekasih Hati Iaitu Rakan Perniagaan Sendiri

Hiburan

“Dia Lelaki Istimewa Dalam Hidup Saya..” Zulin Aziz Akui Sudah Punya Kekasih Hati Iaitu Rakan Perniagaan Sendiri

Pernah mengalami episod duka rancangan perkahwinan yang hancur musnah di tengah jalan, pelakon dan juga personaliti TV, Zulin Aziz berkata dirinya tidak pernah serik untuk bercinta lagi.

Ujar Zulin ketika ditemui sebuah media baru-baru ini, dia kini sedang bahagia menjalin hubungan cinta bersama seorang lelaki bernama Farhan Norzaini yang juga merupakan rakan perniagaannya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Jika sebelum ini muncul desas-desus mengenai beberapa keping foto yang diambil Zulin bersama Farhan dikatakan untuk majlis pra-perkahwinan, pelakon wanita itu telah menafikan dakwaan terbabit dan menjelaskan ianya adalah untuk tujuan promosi produk.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, dia merupakan rakan niaga bagi produk makanan kami dan foto tersebut diambil untuk tujuan mempromosi bisnes tersebut. Bukanlah untuk pra perkahwinan seperti yang dikatakan netizen. Tetapi tidak dinafikan dia lelaki istimewa dalam hidup saya ketika ini.”

Tambah Zulin lagi, pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk tidak terlalu berkongsi hal-hal peribadi kepada umum.

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Malah, untuk episod cintanya kali ini, Zulin mengakui ramai yang mendoakan agar dia berjodohan dengan jejaka tersebut.

Kini tampil lebih cantik dan langsing, pelakon drama Di Penjara Janji ini menzahirkan perasaan syukur atas apa yang dimilikinya kini.

Meskipun masih ada komen-komen negatif dilemparkan terhadapnya mengenai perubahan tersebut, Zulin enggan mengambil pusing dan hanya ingin bebas daripada sebarang penyakit merbahaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...