“Dia Lebih Sudu Dari Kuah, Saya Hanya Mampu Tersenyum” – Safee Sali Respon Dakwaan Tabur Fitnah Oleh Kakak Kandung Sendiri

Hiburan

“Dia Lebih Sudu Dari Kuah, Saya Hanya Mampu Tersenyum” – Safee Sali Respon Dakwaan Tabur Fitnah Oleh Kakak Kandung Sendiri

Sebelum ini, pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali didakwa telah menabur fitnah terhadap bekas isteri, Fitria Elfina Maharip oleh kakak kandungnya sendiri ketika ditemui media.

Ia berikutan isu rumah tangga antara Safee dan Fitria yang bergolak setelah pemain bola itu dilaporkan telah bernikah lagi satu selain isu hak penjagaan anak mereka.

Advertisement

Tampil memberi respon, Safee berkata kakaknya, Normalayati seperti lebih sudu dari kuah dan sepatutnya tidak campur tangan dalam isu rumah tangganya bersama Fitria.

Saya rasa tak perlu orang lain yang tahu berkenaan hal rumah tangga saya, sebab saya yang berada dalam rumah itu bersama dengan bekas isteri.

Saya yang tidur sebantal dulu dengan bekas isteri, jadi kenapa dia yang ‘lebih sudu daripada kuah’, jadi saya hanya mampu tersenyum dengan tindakan dia.

Ujarnya lagi, dia sentiasa terbuka dan tidak menghalang jika bekas isterinya itu mahu berjumpa dengan an-anak.

Saya sentiasa terbuka sekiranya dia ingin berjumpa dengan anak-anak, jadi kalau nak cari anak-anak, cari dengan saya, cakap betul-betul, elok-elok.

Terdahulu, Fitria mendedahkan bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan dua anak perempuannya sejak awal Februari lalu dan terpaksa memfailkan hadanah terhadap Safee.

Safee juga dilaporkan telah melafazkan cerai terhadap Fitria menerusi pesanan suara di aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fitria
1 month ago

(VIDEO) "Bukan Nak Buka Aib Keluarga, Tapi Saya Kena Betulkan" - Kakak Safee Sali Akui Fitria Jadi Mangsa Keadaan, Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Adik Ipar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...