Ingatkan sudah selesai kes seorang pelakon lelaki yang sebelum ini didakwa telah menghamilkan seorang wanita tetapi enggan bertanggungjawab.
Setelah beberapa minggu wanita tersebut memohon maaf kepada pelakon berkenaan, kali ini dia kembali semula dengan membuat hantaran menunjukkan ‘bukti’ dirinya telah ditipu oleh pelakon terbabit.
Dia telah memanipulasi saya dan menjanjikan saya macam-macam serta telah menipu saya supaya saya membersihkan namanya.
Bahkan, wanita tersebut turut menunjukkan paparan mesej yang memaparkan pelakon berkenaan enggan membuat ujian DNA terhadap bayi yang sedang dikandungkan oleh wanita itu.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut menunjukkan screenshot bahawa akaun TikToknya telah disekat oleh pelakon lekaki berkenaan.
Penghujung cerita masih belum diketahui, harap kebenaran berpihak kepada yang benar.