Penyanyi dan juga vokalis kumpulan muzik Hujan, Noh Salleh mencuri tumpuan apabila dia ada meninggalkan komen di satu hantaran media sosial sebuah portal mengenai Siti Bainun.
Tular sebelum ini mengenai perubahan bentuk badan Siti Bainun yang dilihat lebih kurus berbanding sebelum ini.
Tulis Noh, Siti Bainun mungkin terlihat kurus namun dia telah meninggalkan trauma yang cukup hebat buat mangsa iaitu Bella.
Dia kurus, tapi trauma Bella selamanya.
Terdahulu, Siti Bainun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengabaikan serta menganiaya remaja Sindrom Down, Bella.
Selain penjara, Bainun juga dikenhendaki untuk melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu dilaksanakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.