Zaman kini, semakin ramai yang terdesak dengan bebanan perbelanjaan seharian. Mungkin bagi sesetengah individu, sangat terdesak sehingga sanggup memikirkan teknik mencuri yang licik untuk mendapatkan wang.
Seorang pengguna Facebook, Norshahidah Mohamad Zani, mendedahkan adiknya telah ditipu oleh seorang lelaki yang ingin menukar not wang berjumlah besar kepada not yang bernilai lebih kecil, tetapi dalam masa yang sama telah mencuri wang. Ini pendedahan Nurshahidah:
Salam minta tolong viralkan supaya orang lain tak terkena macam adik saya kena.
Datang hamba Allah nak tukar duit sebanyak RM 1,400 kepada not RM 50.
Bila adik saya bagi dia not RM 50 dia pula tukar fikiran nak RM 10+ RM 10 dalam masa yang sama dia kira RM 50+ RM 50 depan kita kemudian dia kelepet macam silap mata kononya dia bagi balik duit kita dengan jumlah yang betul.
Silap adik saya tak kira balik. Iyalah sebabnya orang tu dah kira depan kita. Perhatikan video ni.
Sebab adik saya bukan datang dari keluarga yang senang. Zaman sekarang nak cari duit bukan senang kena usaha.
Hamba Allah yang pandai ambil kesempatan atas penat lelah orang lain: semoga anda ditimpa kesusahan seumur hidup.
Adik saya cuti semester cari kerja untuk duit belanja dia. Tak nak susahkan mak saya tapi mungkin ini dugaan untuk adik saya baru bekerja. Pengajaran untuk dia supaya lebih berhati-hati selepas ini.
Siapa yang kenal hamba Allah ni atau ternampak hamba Allah ini tolonglah hantar dia ke balai.
Jumlah adik saya kekurangan sebanyak RM 500 bermakna orang itu ambil RM 500 dari adik saya.
Semoga kita dijauhkan dari orang macam ini.
Minta sebarkan supaya lepas ini orang ramai lebih berhati-hati.
Lokasi: Raja Pauziah, Larkin, Johor.
Jika anda perhatikan video tersebut, lelaki berbangsa Melayu itu dilihat menyerahkan wang kembali kepada juruwang dengan tangan kiri, dalam masa yang sama tangan kanan telah mengambil sejumlah wang dan disorokkan dengan tangan kanan.
Dia kemudiannya dilihat telah menyelukkan wang yang disorokkan di tangan kanan ke dalam poket seluar kiri. Perbuatan beliau bagaimanapun dirakam kamera keselamatan yang dipasang berdekatan juruwang seperti yang boleh dilihat di bawah:
Memang licik cara beliau, tetapi ingat, sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga, apatah lagi bila anda menganiaya orang lain.
Anda ada maklumat mengenai lelaki ini? Sila salurkan maklumat anda ke balai polis berdekatan. –amazingnara.com
Sumber: Norshahidah Mohamad Zani