“Dia Ketua Keluarga, Seorang Ayah, Dia Patut Selesaikan Semuanya” – Nabila Huda

Hiburan

“Dia Ketua Keluarga, Seorang Ayah, Dia Patut Selesaikan Semuanya” – Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda percaya bapanya yang juga penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Amy Search sepatutnya memainkan peranan untuk menyelesaikan kemelut hubungan antara mereka ketika ini.

Bukan mengalah, Nabila, 41, berkata dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk berdamai namun sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Advertisement

“Soal untuk berdamai atau mencari jalan penyelesaian, saya rasa lebih baik tanya pihak sana. Saya sudah banyak kali jawab pertanyaan ini.”

“Setakat ini memang tiada jalan penyelesaian. Mungkin sebagai ketua keluarga dan seorang ayah, dia yang perlu selesaikan apa yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui pada majlis Together Gather anjuran Viu Malaysia, semalam.

Dalam masa sama, Nabila yang juga seorang ibu mengakui dia tidak sanggup membayangkan perasaan jika terpaksa melalui fasa perpisahan dengan anak sendiri.

“Kalau saya berada di tempatnya (Amy), kehilangan anak dan tidak dapat berjumpa, saya sendiri tak mampu teruskan hidup seperti biasa.”

“Saya juga seorang ibu dan memang tak sanggup nak berpisah dengan anak sendiri, Keisha Laila, tapi tak tahulah kalau dia pun rasa benda begitu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, buat masa ini dia hanya mampu berdoa agar Tuhan membuka jalan untuk meleraikan segala kemelut yang berlaku.

Ditanya mengenai kehidupannya kini, Nabila berkata dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kehidupan bersama suami dan anaknya.

“Sekarang saya bahagia dengan kehidupan sederhana saya. Tentang doa pula, memang setiap hari saya lakukan lebih-lebih lagi ketika Ramadan dan Syawal cuma masih belum dimakbulkan.”

Nabila turut mengakui dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap apa yang berlaku kerana masih belum melihat tanda-tanda kemelut tersebut akan berakhir dengan baik.

Terdahulu, sejak tahun lalu hubungan Nabila atau Abil dengan Amy didakwa kembali renggang susulan konflik kekeluargaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azar azmi
2026-03-05 10:26:28

Didakwa Terlibat Isu Penipuan, Pelakon Azar Azmi Dan Suami Dilapor Ditangkap Di Kajang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...