Seorang individu tampil menepis dakwaan terhadapnya yang dibuat oleh seorang pelakon wanita popular baru-baru ini yang mendakwa dita telah ditipu seorang pegawai pemasaran.
Terdahulu, aktres itu mendakwa telah ditipu dan dikenakan caj yang tinggi ketika urusan perniagaan bersama pegawai pemasaran berkenaan.
Fitnah semuanya
Menerusi temu bual bersama program Melodi, pegawai pemasaran dimaksudkan itu telah tampil bersuara dan menafikan semua dakwaan pelakon terbabit.
Kata individu itu, aktres tersebut telah memutar belit cerita sehingga menyebabkan namanya tercalar dan mendedahkan dia merupakan rakan kongsi pelakon berkenaan.
Ada satu pelakon wanita yang popular dah viralkan saya. Saya nak menafikan kenyataan dia terhadap saya. Apa yang dia mention dekat Instagram, media sosial, live TikTok itu semua adalah fitnah. Saya rakan kongsi dia. Bila saya decide nak jadi rakan bisnes dia, saya tunggu dia. Saya dah tandatangan semua dokumen tapi tak dapat maklum balas daripada dia.
Ujarnya, mereka berdua mempunyai tugas masing-masing yang berasingan namun pelakon itu tidak bersetuju dengan sebahagian tugasan.
Bukan itu sahaja, dia turut berkata pelakon tersebut telah menyebarkan cerita yang tidak benar dan memfitnah dirinya kepada rakan kongsinya yang lain.
Dia bagitahu saya sebagai orang yang pecah amanah, bawa lari duit dan curi duit. Macam-macamlah…netizen tak tahu dia ada juga mesej rakan kongsi saya yang lain. Dakwaan dia menjatuhkan reputasi peniagaan saya. Bila pecah amanah itu isu besar. Orang akan risau dengan saya.
Berani? Jumpa saya
Bagaimanapun, usaha individu itu menghubungi pelakon tersebut menerusi telefon, mesej malah Instagram sekali pun, tidak berhasil kerana tiada respon diterima.
Dalam pada itu, dia turut mahukan pelakon tersebut datang berjumpa dan bertentang mata dengannya malah mengingatkan aktres berkenaan tentang hutangnya.
Kalau dia mention dakwaan dia yang saya ada berhutang dengan dia, dia kena ingat yang dia pun ada hutang dengan saya. Sebenarnya saya nak dia datang jumpa dan bertentang mata. Berbincang secara profesional dengan data yang sahih sebelum mengelirukan netizen.
Tambahnya, dia akan mengambil tindakan susulan terhadap akaun-akaun yang mengeluarkan fitnah terhadapnya selain mempunyai rancangan untuk membuat sidang media kelak.