“Dia Kena Cakap Bahasa Melayu, Sini Malaysia” – Lelaki Bangsa Cina Kesal Kakitangan UTC Tak Benarkan Ibu ‘Renew’ Passport

Kehidupan

“Dia Kena Cakap Bahasa Melayu, Sini Malaysia” – Lelaki Bangsa Cina Kesal Kakitangan UTC Tak Benarkan Ibu ‘Renew’ Passport

Baru-baru ini, tular hantaran seorang lelaki berbangsa Cina meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila berurusan dengan kakitangan UTC di Komtar, Pulau Pinang untuk memperbaharui passport ibu bapanya.

‘Dia kena cakap bahasa Melayu’

Proses kemaskini passport bapa berjalan dengan lancar, tetapi tidak buat ibunya kerana menghadapi masalah tidak fasih berbahasa Melayu.

Advertisement

Kakitangan UTC di sana menegaskan ibunya tidak boleh memperbaharui pasport kerana tidak boleh cakap bahasa Melayu biarpun dia merupakan warganegara.

You tak boleh cakap bahasa Melayu tak boleh renew passport. Kena jumpa officer esok pagi.

Jumpa semula untuk di interview

Kakitangan yang mengurus mereka ketika itu tetap berkeras enggan memperbaharui passport ibunya, malah menyuruh dia untuk kembali pada esok hari agar dapat ditemubual oleh pihak atasan lain.

Walaupun sudah menerangkan bahawa ibunya hanya mampu berbahasa Melayu dengan terhad susulan tidak bersekolah, kakitangan UTC Komtar tetap tidak menerima alasan tersebut.

Menurut lelaki berbangsa Cina itu juga, orang awam lain yang turut ada ditempat kejadian tidak bersetuju dengan tindakan kakitangan tersebut.

2 years ago

Tiada Keperluan & Lebih Memudahkan, Ibu Bapa Pilih Buang 'Bin Atau Binti' Dalam Surat Beranak Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...