Semalam, isteri kepada bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil telah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.
Mengimbas kembali, konflik rumah tangga pasangan itu mula mendapat perhatian warga maya apabila tular mengenai sebuah video yang memaparkan kedua-duanya sedang bergaduh di rumah sambil disaksikan anak lelaki mereka.
Difahamkan, Musa Hassan juga mengalami ‘minor concussion’ di bahagian kepala akibat kejadian itu namun menyerahkan segala urusan selebihnya kepada undang-undang.
View this post on Instagram
Elly hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam semalam bagi memohon perpisahan secara shiqaq selain akan menuntut nafkah serta hak jagaan anak mereka yang berusia 8 tahun.
Musa Hassan sebelum ini ada memberi peringatan kepada netizen di luar sana untuk tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka dan menulis mengenai ciri-ciri isteri derhaka di laman Twitternya.
Memberi respon mengenai kenyataan itu, Elly beranggapan bahawa Tan Sri Musa Hassan sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik kepada anak isteri.
Perempuan memang ditakdirkan mempunyai keberanian lebih dari lelaki. Dia tak peduli la kau ayahanda ke mantan Ketua Polis Negara ke semua dia tak heran. pic.twitter.com/3hCZipa5LX
— Mak Cik Bawang (@makcikbawangmu) March 7, 2023
Dia sebagai lelaki sepatutnya menunjukkan sifat dan tauladan baik kepada anak dan isteri, dia kena betulkan diri dia dahulu.
Elly mendedahkan bahawa dia mengambil pendirian berdiam diri setelah insiden penyebaran video berkenaan kerana ada rundingan penyelesaian antara peguam syarie dan menafikan bahawa dia adalah dalang di sebalik penularan video itu di media sosial.
Bekas Ketua Polis Negara itu kemudiannya memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya susulan tuntutan cerai yang dikemukakan Elly.