Seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu video viral di WhatsApp yang dirakam seorang wanita yang bernama Esther menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya ketika menaiki kereta.
Esther memberitahu dia baru masuk ke dalam kereta setelah membeli paku dan mengunci pintu kereta. Tiba-tiba datang seorang lelaki melancap di sebelah keretanya.
Esther yang ketawa sepanjang penceritaannya menganggap kejadian itu lucu kerana alat sulit lelaki itu hanya berukuran satu setengah inci. Esther telah merakam refleksi perbuatan lelaki itu melalui cermin sisi keretanya.
Bagaimanapun wajah lelaki yang dirakam tidaklah begitu jelas.
Lelaki itu turut meninggalkan ‘harta’yang tidak bernilai di lantai parkir.

Berdasarkan dialek pertuturan Esther, kejadian ini dipercayai berlaku di Sabah. Esther memberitahu merakam kejadian itu supaya kaum wanita di Sabah lebih berhati-hati. Sentiasa kunci pintu kereta setelah masuk ke dalam kereta.
Netizen berpendapat lelaki itu terdesak dan menganggap Esther seorang yang kelakar kerana berjaya menukar situasi mencemaskan itu menjadi sebuah komedi. Video yang dimuat naik oleh Wan Sajen telah menjadi viral dan mendapat lebih 7,400 perkongsian. –amazingnara.com
Sumber: Wan Sajen