Pelakon Datin Atikah Suhaime sering mencuri perhatian warganet dengan semangatnya yang gemar memasak di mana sahaja, termasuk ketika sedang bercuti.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi momen percutian bersama keluarga di Janda Baik.
Menurut Atikah, dia masih belum dapat melancong ke luar negara memandangkan anak sulungnya, Mulan, masih kecil.
Menariknya, dalam video berdurasi lima minit itu, Atikah dilihat menyediakan tiga jenis hidangan meskipun sedang beristirahat.
Saya masih tak boleh ke luar negara sebab Mulan masih bayi, suami rajin bawa kami ke Janda Baik untuk bercuti. Suami minta sup ekor. Paling senang nak buat dan kegemaran suami saya.
Seterusnya, ayam kicap sebab takut Amir (adik ipar) tiada mahu makan daging. Akhir sekali, sayur goreng.
Di penghujung video, suami Atikah sempat mengucapkan terima kasih atas usaha isterinya menyediakan juadah untuk dinikmati bersama sepanjang percutian itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.