Baru-baru ini, digemparkan dengan satu berita mengenai bekas personaliti TV3, Zalina Azman ‘hilang’ sejak November tahun lalu dan sehingga kini, keluarga serta pihak berkuasa masih belum menemuinya lagi.
Setelah sekian lama, pihak polis akhirnya menyebarkan berita kehilangan Zalina dan berharap dengan penyebaran berita, orang awam turut dapat membantu dalam kes ini.
Terbaharu, seorang individu telah mendakwa melihat seorang wanita seakan-akan Zalina muncul di kafe miliknya yang berada di Seksyen 9 Shah Alam, Selangor sekitar jam 1 petang dalam keadaan cemas serta mengigil ketakutan.
Allahu. Aku ada cerita berkaitan berita ni, tentang menjumpai seseorang macam dia Ahad haritu. Tapi aku tak pasti betul ke tak.
Biar aku bagi kenyataan kat polis dulu, esok aku tweet lagi. https://t.co/6NZXACMDnC
— Yuki ?? (@mosyukiborhan) July 18, 2022
Dia tidak bercakap banyak tapi apa yang keluar daripada mulutnya adalah ‘saya takut besi’. Bercakap dalam keadaan takut, macam ada benda berlaku.
Individu terbabit berkata barangkali dia bersifat sedemikian kerana di dalam kedainya terdapat banyak besi.
Tambahannya lagi, ketika hendak keluar dari kedainya, wanita mirip Zalina itu langgar saja pintu terbabit tanpa memegang tombol pintu dan dia kelihatan seperti terancam.
Sehubungan dengan itu, individu terbabit berkata biarpun belum mendapat kepastian sama ada wanita itu adalah Zalina ataupun tidak, namun dia terpanggil untuk memaklumkan hal itu kepada pihak berkuasa kerana risau ada berkaitan dengan kehilangan personaliti TV3 berkenaan.
Sekadar info, pelbagai spekulasi telah timbul selepas berita kehilangan Zalina disebarkan, hinggakan rakan baiknya Senator Datuk Ras Adiba Radzi bertindak untuk melakukan misi pencarian rakannya itu.