Pelakon Sherry Ibrahim tidak menyangka akan bertemu semula dengan Raihan, adik kepada pelakon popular Fattah Amin, dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Dalam temu bual bersama OhBulan!, Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, meluahkan rasa teruja apabila berpeluang bertemu Raihan selepas sekian lama tidak berjumpa.
Menurut Sherry, pertemuan tersebut merupakan kali pertama mereka bersua sejak hubungan antara dirinya dan Fattah Amin berakhir beberapa tahun lalu.
Soalan pertama yang saya tanya adalah kenapa dia menangis sewaktu bersalaman dengan saya. Sebenarnya saya tak perasan kehadirannya kerana lokasi itu bertingkat dan dia pula mengenakan tudung labuh.
Saya sangka dia hanyalah peminat biasa, sehinggalah dia membisikkan dia adalah ‘adik Fattah’. Masya-Allah, kami terus berpelukan. Ia satu momen yang tak dijangka, semuanya berlaku secara kebetulan dan penuh hikmah.
Sherry, 42, turut berkongsi bahawa mereka sempat berbual dan bertanyakan khabar ketika pertemuan tersebut.
@ohbulanofficial Di TikTok, tular satu video memaparkan pelakon jelita Sherry Ibrahim yang hadir ke sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini. #ohbulan #fyp #news #sherryibrahim #peluk #adik #fattahamin #menangis
Saya gembira dapat jumpa dia. Kami berbual, saya tanya khabar ibu (mak Fattah). Raihan kata dia rindu saya.
Ia adalah momen yang indah, hanya antara saya dan dia. Apa yang kami bualkan pun semuanya perkara yang baik-baik sahaja.
Tambahnya lagi, walaupun hubungan dengan Fattah sudah berakhir, dia tetap menjaga hubungan baik dengan ahli keluarga bekas kekasihnya itu.
Namun begitu, Sherry mengakui dia memilih untuk tidak berhubung secara terus sebagai tanda menghormati Fattah dan keluarganya.
Saya dan Raihan tidak pernah putus hubungan sepenuhnya, cuma kami ada berinteraksi melalui media sosial. Saya pun sudah seperti kakak kepada mereka. Saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa pun.
Sekadar info, Sherry dan Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta namun berpisah pada tahun 2016.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.