“Dia Kahwin Family Tak Pergi Ke?” – Penampakan Sabronzo Dengan Dahs Berlin Di ‘Airport’ Kuatkan Spekulasi Dah Nikah

Hiburan

“Dia Kahwin Family Tak Pergi Ke?” – Penampakan Sabronzo Dengan Dahs Berlin Di ‘Airport’ Kuatkan Spekulasi Dah Nikah

Sejak Rabu lalu, tersebar beberapa foto perkahwinan yang didakwa milik penyanyi kumpulan Dolla, Sabronzo, bersama deejay antarabangsa terkenal, Dash Berlin.

Terbaharu, muncul pula sebuah video yang memperlihatkan Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli bersama Dash di sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Advertisement

Dalam rakaman tersebut, Sabronzo kelihatan mengenakan busana berona kelabu sambil menarik bagasi, berjalan bersebelahan dengan Dash serta beberapa individu lain yang dipercayai ahli keluarga deejay berkenaan.

sabronzo dash berlin

Kehadiran video itu seakan menguatkan lagi spekulasi mengenai status Sabronzo yang sebelum ini dikatakan sudah selamat bergelar isteri kepada Dash.

Terdahulu, beberapa foto yang dikatakan merakamkan majlis perkahwinan Sabronzo dan Dash tular di media sosial, dipercayai berlangsung di Bali, Indonesia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kumpulan x factor reunion
2025-09-27 14:55:09

17 Tahun 'Menghilang', Kumpulan X-Factor Kembali 'Reunion' Buat Peminat Teruja - "Helok-Helok Walaupun Dah Berusia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...