Hujung bulan lalu, media hiburan disajikan dengan berita perkahwinan kali kedua pelawak Chot bersama kakak penyanyi terkenal namun bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sebelum ini diganggu dengan kehadiran orang ke-3.
Menerusi temubual bersama program Melodi, Siti menafikan bahawa dia sengaja menjatuhkan maruah bekas suaminya itu dan bukannya tidak ‘move on’.
Malah, dia turut mengalirkan air mata kesedihan sambil memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku sebelum Chot berkahwin kali kedua.
Apa yang saya post di media sosial itu tak ada niat langsung untuk jatuhkan maruah sesiapa. Bukan saya tak move on. Dia berjanji dengan saya untuk rujuk balik. Sebab tu saya simpan segala aib dia.
Bukan saja saya nak viral. Dia buat saya seolah tak ada hati dan perasaan. Saya harap netizen di luar sana fahamlah dengan keadaan saya.
Kata wanita itu lagi, dia kecewa apabila kehadiran wanita kedua dalam rumah tangga mereka telah memusnahkan kebahagiaan yang dikecapi selama lima tahun.
Sementara itu, Chot berkata bahawa setiap pasangan suami isteri pastinya tidak mahu perkara seperti perceraian berlaku dalam rumah tangga mereka.
View this post on Instagram
Dia juga reda dengan ketentuan Allah S.W.T apabila mahligai perkahwinan yang dibina mereka berakhir dengan perpisahan.
Betul saya pernah tabur janji untuk cuba berubah. Pada mata saya, tidak ada jodoh. Kalau orang lain, mungkin dia suruh berusaha buat itu ini. Kalau kebanyakan orang macam itu, saya rasa dalam dunia ini tidak ada perceraian.
Terdahulu, Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan telah bernikah dengan Siti Zafirul Azzah pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.