Artis versatil, Zulin Aziz memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya yang menitipkan ucapan istimewa bersemperna dengan ulang tahun kelahiran yang ke-34 kekasihnya iaitu Farhan Norzaini.
Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz turut mendedikasikan doa yang baik-baik selain turut mendedahkan keperibadian si kekasih hati.
Zulin, 31, menyifatkan Farhan sebagai lelaki yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga, tegas tetapi sangat penyayang.
Happy birthday to my future imam. Sentiasa kerja keras demi bahagiakan kami. Dia tegas! bagus jgk.. zulin kan kepala batu.
Menerusi perkongsian tersebut juga, penyanyi lagu Rahsia itu juga memberitahu dia dan pasangan memiliki beberapa hobi serta minat yang sama.
Kami banyak share hobi yg sama. Suka makan makanan yg sama. Boleh buat banyak benda sama-sama.
Zulin turut mendoakan agar Farhan sentiasa dalam lindungan Allah swt dan diberi kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat. Tambah Zulin, dia turut meminta agar orang ramai mendoakan mereka berdua.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.