“Dia Ingat Saya Pernah Jadi Ibunya Dan Saya Rasa Sangat Disayangi” – Fasha Sandha Terharu Rayqal Masih Anggap Dia Sebagai Ibu Tiri

Hiburan

“Dia Ingat Saya Pernah Jadi Ibunya Dan Saya Rasa Sangat Disayangi” – Fasha Sandha Terharu Rayqal Masih Anggap Dia Sebagai Ibu Tiri

Pelakon, Fasha Sandha dan Nora Danish bersama bekas suami, Datuk Rizal Ashram masih mengekalkan keharmonian di antara mereka meskipun memilih jalan masing-masing demi anak-anak.

Memetik dari OhBulan!, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan meluahkan rasa gembira dan terharu apabila anak kepada Nora iaitu Putra Rayqal, tidak pernah melupakan dirinya.

Advertisement

anak tiri fasha sandha

Kami mengekalkan hubungan harmoni, Nora adalah ibu kepada Rayqal manakala saya adalah ibu kepada adik-adik Rayqal.

 

Saya seronok dan terharu bila anak-anak saya beritahu bahawa Rayqal masih menganggap saya ibu tirinya.

 

Dia ingat saya pernah jadi ibunya dan saya rasa sangat disayangi. Rayqal kata ibu Rayfal dan Jemyma akan sentiasa jadi ibu tiri dia.

Menurut pelakon itu, mereka mengambil pendekatan untuk mengekalkan hubungan yang baik kerana anak-anak berkongsi darah daging yang sama.

fasha sandha

Dalam pada itu, pelakon itu berkata, dia dan Nora kini sering bertemu dan persahabatan mereka semakin akrab.

Alhamdulillah, Nora adalah seorang wanita yang baik. Sekarang kami kerap berjumpa. Dia pun menganggap saya seperti adik beradiknya sendiri. Bila berjumpa kami akan duduk sekali dan berbual tentang macam-macam topik.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.

Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Puteri Raysha Jemaima.

Fasha kemudian mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Fasha Sandha enggan ulas isu bertudung penuh
1 week ago

"Saya Tak Layak Bercakap Hal-Hal Keagamaan.." - Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Sudah Berhijab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...