Baru-baru ini, jaguh pelumba trek berbasikal lelaki, Shah Firdaus berkongsikan tentang Shinji Nakano selepas dia menjadi mangsa buli siber oleh netizen Malaysia kepada pihak Berita Harian.
Malu dengan netizen ‘bawang’ Malaysia
Kata Shah, Nakano ada menghantar mesej kepadanya yang pada mulanya merasakan rakyat Malaysia adalah orang-orang yang baik belaka.
Yang buat saya terasa, dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengan dia. Kalau saya ke Jepun, dia bawa saya jalan semua. Bila dia berasa begitu, saya rasa serba salah.
View this post on Instagram
Insiden jatuh perkara biasa berlaku
Menurut pelumba trek itu, insiden jatuh yang berlaku itu merupakan perkara biasa berlaku dalam gelanggang keirin dan Nakano memang tidak sengaja terlanggarnya semasa perlumbaan berlangsung.
Bila ada ‘body contact’, ‘G-force’ itu nampak seperti dia naik tetapi dalam keirin benda itu biasa, tinggal jatuh atau tidak sahaja.
Difahamkan, Nakano teruk dikecam oleh netizen Malaysia selepas dia tidak sengaja melanggar Shah di final keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 yang menyebabkan pelumba itu gagal meraih pingat gangsa.