“Dia Ibu Kepada Anak Saya, Doakan Yang Terbaik” – Fattah Amin Maklum Dia Tak Tahu Menahu Fazura Berhutang RM4.6 Juta

Hiburan

“Dia Ibu Kepada Anak Saya, Doakan Yang Terbaik” – Fattah Amin Maklum Dia Tak Tahu Menahu Fazura Berhutang RM4.6 Juta

Fattah Amin memaklumkan dia berasa terkejut dengan berita mengenai bekas isterinya, Nur Fazura yang terpalit isu tidak melunaskan hutang syarikat sehingga mencecah RM4.65 juta.

Sebelum ini, sebuah pengilang tudung tampil memberi kenyataan dan mendakwa syarikat pelakon filem Gol & Gincu itu gagal berbuat demikian dan turut menerima cek tendang.

Advertisement

Difahamkan, segala transaksi itu berlaku ketika Fazura masih bergelar pengarah syarikat Pink Fate sebelum melepaskan jawatan pada Januari 2025.

Menurut Fattah, dia juga tidak tahu Fazura menanggung hutang sebanyak itu.

Saya tak tahu fasal saman tersebut. Hanya dapat tahu selepas ia keluar dalam berita.

Mengambil langkah untuk tidak mengulas lanjut berkenaan hal itu kerana ia hal peribadi bekas isterinya, Fattah berkata dia tetap mendoakan yang terbaik buat ibu kepada anaknya. Fatima.

Dah tentu saya bersimpati selepas melihat berita itu, namun saya doakan yang terbaik dan semoga dia dipermudahkan segala urusan. Dia bukannya orang lain, dia ibu kepada anak saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fattah amin kongsi cerita permulaan sebagai penyanyi
4 days ago

"Kawan Kata Suara Saya Okay" - Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...