Fattah Amin memaklumkan dia berasa terkejut dengan berita mengenai bekas isterinya, Nur Fazura yang terpalit isu tidak melunaskan hutang syarikat sehingga mencecah RM4.65 juta.
Sebelum ini, sebuah pengilang tudung tampil memberi kenyataan dan mendakwa syarikat pelakon filem Gol & Gincu itu gagal berbuat demikian dan turut menerima cek tendang.
Difahamkan, segala transaksi itu berlaku ketika Fazura masih bergelar pengarah syarikat Pink Fate sebelum melepaskan jawatan pada Januari 2025.
Menurut Fattah, dia juga tidak tahu Fazura menanggung hutang sebanyak itu.
Saya tak tahu fasal saman tersebut. Hanya dapat tahu selepas ia keluar dalam berita.
Mengambil langkah untuk tidak mengulas lanjut berkenaan hal itu kerana ia hal peribadi bekas isterinya, Fattah berkata dia tetap mendoakan yang terbaik buat ibu kepada anaknya. Fatima.
Dah tentu saya bersimpati selepas melihat berita itu, namun saya doakan yang terbaik dan semoga dia dipermudahkan segala urusan. Dia bukannya orang lain, dia ibu kepada anak saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.