Pelakon Harris Alif menempelak tindakan seorang aktor yang sebelum ini dikatakan mengherdik dan mencabarnya dalam kejohanan tinju, All Star Championship 2025.
Mana tidaknya, kata pengacara itu aktor tersebut yang pada awalnya dikatakan begitu berani tiba-tiba menarik diri dan ‘hilang’ tanpa berita.
Dia tarik diri. Bila mahu tandatangan kontrak, dia menghilangkan diri. Kalau betul berani, ke depanlah.
Kata suami Intan Ladyana itu, tindakan aktor tersebut menarik diri tidak selari dengan dakwaan dan tuduhan dibuatnya sebelum ini.

Malah, pelakon berusia 26 tahun itu turut menyifatkan aktor berkenaan seorang pengecut kerana hanya berani mencabar sahaja tetapi tidak benar-benar berlawan di gelanggang.
Isu ini tiada berkesudahan dan akan terus berjalan. Saya akan cari jalan mungkin penganjur untuk mengadakan perlawanan tinju secara profesional antara kami. Bila tarik diri, nampaklah takut itu. Mulut sahaja lebih, tetapi penakut.
Dalam pada itu, Harris turut berkata dia berminat untuk menyertai kejohanan tinju tersebut untuk mencari pengalaman baru dan ini merupakan langkah pertamanya secara serius dalam sukan ini.
Lagi pula, kejohanan All Star Championship 2025 juga menawarkan hadiah yang cukup lumayan jadi ini juga antara salah satu usaha saya mencari rezeki untuk keluarga.
View this post on Instagram
Sebelum ini, seorang aktor didakwa biadap dan menghina keluarga Harris menerusi siaran langsung di media sosial selepas berlaku pergaduhan mulut di antara mereka di set penggambaran.
Aktor berkenaan didakwa menyebut tentang perkahwinan Harris dengan wanita yang lebih tua selain turut dikatakan menyentuh tentang ibunya.