“Dia Hasut Untuk Bercerai, Saya Tanggung Rugi Puluhan Ribu” – Pempengaruh Elcah Putus Kawan Dengan Syada Amzah

Hiburan

“Dia Hasut Untuk Bercerai, Saya Tanggung Rugi Puluhan Ribu” – Pempengaruh Elcah Putus Kawan Dengan Syada Amzah

Pempengaruh media sosial, Elcah atau nama sebenarnya Nuraien Adilla Hasha Akhbar, 29, mendedahkan dirinya sudah tidak lagi berhubung dengan rakan baiknya, penyanyi Syada Amzah.

Menurut Elcah, hubungan mereka mula renggang selepas berlaku salah faham membabitkan orang ketiga yang juga rakan kepada Syada.

Advertisement

Sebenarnya apa yang berlaku antara saya dan ‘best friend’ (Syada) saya tu, ada salah faham kerana dua-dua pihak ini adalah kawan dia tetapi dia kenal saya lebih lama.

Bila saya bercerita dengan dia, tapi dia berpihak kepada kawan dia yang lagi satu tu (orang ketiga).

Lebih mengejutkan, Elcah mendakwa Syada pernah mempengaruhinya untuk mengambil keputusan bercerai ekoran masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama suami.

Saya macam terasalah, dia kata nak bagi saya bukti (kecurangan suami) tetapi dia nak saya selesaikan masalah rumah tangga dengan cara bercerai.

Elcah yang ditemui di sidang media Dewi Remaja 2025 di TGV 1 Utama, turut mengakui kontroversi tersebut menjejaskan kesihatan mental hingga dia terpaksa menerima rawatan di hospital.

Bukan itu sahaja, Elcah berkata kerjayanya juga terkesan sehingga terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit apabila beberapa urusan kerja terpaksa dibatalkan.

Disebabkan kontroversi ini terbabit dengan nama-nama besar, tidak dinafikan kerja-kerja saya terganggu dan terpaksa batalkan komitmen job yang saya ada. Anggaran kerugian yang saya tanggung dalam sekitar puluhan ribu ringgit juga.

Susulan insiden tersebut, Elcah mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati dalam memilih rakan serta menjauhkan diri daripada mana-mana individu yang memberi kesan negatif kepada kehidupannya.

Terdahulu, suami Elcah, Afi Hamri atau Hafizuddin Hamri, pernah mendakwa Syada menghasut isterinya untuk bercerai selepas dia dituduh berlaku curang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

asyraf khalid
2025-09-25 13:09:11

"Saya CEO Syarikat Tapi Gaji RM3.5K Saja.."- Asyraf Khalid Dedah Datuk K Tak Pernah Ajar Hidup Mewah, Pilih Bersederhana

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...