Pelakon Sabri Yunus berkata isterinya, Ardini Angeline Tan merupakan seorang yang keras hati dalam mempercayai sesuatu agama dan ia adalah kerana pernah melalui pengalaman sukar sebelum ini.
Angeline tidak berpegang kepada mana-mana kepercayaan agama sebelum ini dan akhirnya dengan izin Allah, aktres itu memeluk Islam pada 26 September lepas.
Dia hampir menolak semua ritual agama. Pengalaman hidup dilalui sebelum ini membuatkan dia tidak percaya agama.
Menerusi satu temu bual, aktor berusia 62 tahun itu berkongsi bagaimana dia memperkenalkan Islam kepada Angeline dengan pendekatan yang berbeza.
Saya perkenalkan keindahan Islam dan kemudian konsep ketuhanan. Tidak susah untuk buat dia faham sebab dia tidak berpegang teguh pada mana-mana agama, jadi dia boleh terima baik ajaran Islam.
Sabri turut mendedahkan tentang dalil dan bukti atau contoh kehidupan seharian kepada Angeline agar aktres itu boleh faham konsep amalan hidup Muslim dan menerimanya dengan mudah.