Baru-baru ini, tular di media sosial dikatakan satu akaun Instagram ini milik Fatin Umaidah isteri kedua Alif Teega dan di bio Instagramnya yang tertulis ‘The Man I Prayed For’ telah membuat banyak pihak berasa marah.
Bagaimanapun, di platform Twitter (X) seorang individu tampil berkata akaun terbabit adalah palsu dan gambar nikah yang digunakan milik rakannya.
Bukan saja gambar rakan individu tersebut digunakan, malah ramai lagi yang menjadi mangsa akaun palsu media sosial Fatin Umaidah.
Disebabkan sudah ramai yang tertipu, individu terbabit memohon agar orang ramai untuk report dan unfollow akaun-akaun berkaitan dengan Fatin kerana bimbang bukan orang sebenar.