Viral di media sosial Twitter baru-baru ini, satu ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nadie yang berkongsi pengalaman hitamnya diganggu seorang lelaki ‘psiko’ telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi ciapan tersebut, Nadie telah menitip pesanan buat para wanita yang selalu menggunakan perkidmatan awam supaya sentiasa berhati-hati.
Menurutnya, sebelum ini dia berasa selamat untuk pergi ke mana-mana seorang diri namun selepas diganggu seorang lelaki di stesen MRT Sungai Jernih dia mula berasa trauma.
Jelaskan, kejadian berlaku pada pukul 7.40 pagi apabila dia ditegur oleh lelaki itu yang secara tiba-tiba menghulur telefon dan meminta nama profil Facebook gadis itu.
Namun, gadis itu enggan memberinya dan lelaki itu tetap memaksa sehingga dia terpaksa menipu tentang statusnya dan mengatakan dia sudah berkahwin.
Tak salah pun kan, kalau dah kahwin pun tak salah kan nak kenal-kenal.
Masih enggan memberi, lelaki itu kemudiannya bertindak mengenggam pergelangan tangan gadis itu dengan kuat. Akibat ketakutan, gadis itu mula mengugut lelaki ‘psiko’ itu.
Lepas kalau tak aku jerit.
Selepas itu, barulah lelaki itu melepaskannya dan dia terus berlari ke eskalator untuk turun ke bawah. Gadis itu kemudiannya berasa lega kerana tidak lagi nampak kelibat lelaki itu.
Dalam pada itu, gadis itu berkata dia sering membaca mengenai gangguan seksual namun kali ini perkara itu telah terjadi pada dirinya sendiri dan berasa kecewa kerana para wanita sering perlu menghadapi situasi seperti ini.
Malah, dia turut berpendapat bahawa lelaki sepatutnya menjadi pellindung buat wanita dan bukan sebaliknya.
Kalau bagi pilihan lari ke cermin MRT tu and hadap lelaki psiko, I lagi rela kena gilis train.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.