May 21st, 2012

Nampaknya Rita Rudaini memang keliru dengan sikap suaminya, Aidil Zafuan yang tiada pendirian di dalam isu permohonan cerai mereka. Semalam di BiPop, Rita berkata yang suaminya itu menganggap nikah kahwin macam bermain bola sepak. Memang jelas benar bunyi kecewa, frust dan fedup itu.

rita

Agak panjang cerita yang disampaikan oleh Rita Rudaini kepada Raja Nurfatimah Mawar. Abang Nara selitkan yang penting sahaja untuk tatapan anda semua.

Rita memberitahu Raja, dia keliru dengan pendirian Aidil. Sekejap mahu melepaskan, sekjap pula boleh menarik hasrat mahu bercerai. Bagaimanapun, ia bukan tindakan baru yang dilakukan, sebaliknya Aidil pernah melakukan perkara yang sama ketika tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun 2010.
“Saya tidak tahu apa yang diinginkan. Dulu, ketika memfailkan tuntuan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Aidil begini juga, banyak bermain tarik tali. Saya jadi keliru dengan tindakannya”.

 

“Sebelum ini, cakap tidak serasi di mahkamah, hari ini (Rabu) cakap masih sayang. Saya tidak sangka berkahwin dengan lelaki yang kurang didikan agama, tidak takut dosa pahal apabila soal nikah kahwin dipermainkan, dia fikir macam bermain bola sepak agaknya”.

 

“Aidil mendakwa saya meminta cerai sedangkan dia yang memfailkan permohonan perceraian. Saya tidak takut, saya ada SMS sebelum dia keluar rumah meninggalkan saya dan anak-anak. Saya masih simpan bukti SMS itu, dia cakap dia tidak boleh hidup bersama saya lagi”.

 

“Awalnya, saya membiarkan saja, saya beri masa untuk dia berfikir, tetapi selepas lebih tiga bulan dia menghilang diri, saya SMS mengingatkannya hukum meninggalkan isteri selama 3 bulan 10 hari. Saya rasa mungkin dia tidak faham taklik yang dibaca sebelum angkat nikah dulu. Jika suami meninggalkan isteri tanpa nafkah zahir dan batin selama 3 bulan 10 hari, talak boleh jatuh jika saya mengadu di pejabat agama”.

 

Saya juga hantar pesanan, sekiranya dia tidak mahukan saya lagi, jangan biarkan saya lama-lama. Saya tidak mahu dia menanggung dosa. Dia balas pada saya, dia sudah selesaikan semuanya dan masuk bulan keempat meninggalkan saya, dia menghantar SMS mengatakan sudah memfailkan penceraian. Jadi kenapa cakap putar belit dan tuduh saya pulak? Jika saya mahukan perpisahan, saya meninggalkan rumah kelamin, ini sebaliknya keadaan sekarang, dia meninggalkan saya dan anak-anak tanpa nafkah.”

 

“Tuntutan panjang lebar yang dihantar tidak masuk akal. Saya anggap ia penipuan besar. Dalam tuntutan yang diserahkan ketika berlangsungnya perbicaraan di mahkamah, Aidil menuduh saya lari meninggalkannya. Diakui saya ada pulang ke kampung tetapi bukannya melarikan diri. Saya minta izinnya untuk pulang ke kampung bersama anak-anak. Kami bersalaman, Aidil mengangkat beg dan menghantar saya sampai ke kereta. Dia juga berjanji akan datang mengambil saya dan anak-anak selepas perlawanan bola sepak.”

 

“Saya terkejut apabila pulang ke rumah, saya tengok Aidil sudah mengangkat barang-barangnya dan menghilangkan diri. Adakah saya melarikan diri dari rumah? Saya tidak tahu apa tujuan Aidil menarik balik hasrat bercerai, tetapi dalam masa yang sama menghantar tuntutan.”

 

“Saya tidak menyangka Aidil melemparkan tuduhan palsu pada saya. Dia sanggup menipu diri sendiri dan menidakkan perkara yang benar. Kalau Aidil berniat baik dan nak berdamai, kenapa perlu memfailkan tuntutan berunsur fitnah dan tidak masuk akal? Aidil mahukan apa sebenarnya? Dan apa pula rancangan jahatnya kali ini?”

 

“Saya tidak akan berdiam diri macam dulu, saya akan memperjuangkan tuntutan berunsur fitnah itu. Saya bukannya bola, jika tidak mahu ditendang sesuka hati, bila rasa perlu dia kejar hingga dapat.”

 

“Aidil cakap dia menarik balik hasrat bercerai kerana anak-anak. Berilah alasan logik sikit. Selepas hampir lima bulan baru teringat anak-anak? Kenapa Aidil tidak fikir tindak tanduknya sebelum meninggalkan rumah dulu”

Nampak gayanya daripada percakapan Rita Rudaini, rumah tangganya macam tak dapat nak diselamatkan. Mungkin ini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mereka berdua. Abang Nara baca luahan hati Rita Rudaini pun ada kelogikannya. Apa pun keputusan yang diambil, semoga anak-anak tidak terabai.


211 responses to “Dia Fikir Macam Main Bola – Rita Rudaini”

  1. ina says:

    Rita..waktu aidil nak ceraikan rita, rita p mahkamah dan kata aidil perlu beri penjelasan yang munasabah sebelum bercerai dengan rita. Bila aidil, tarik balik keputusan hendak bercerai, rita pula kata yg aidil anggap rita mcm main bola. bila aidil hendak rita pindah ke rumahnya, rita pula tak nak…jika rita btl2 sygkan keluarga rita..sepatutnya rita berkorban. setiap kali keluar media..yang sy baca cma rita yg asik memburukkan suami rita sdgkan payah sekali sy nak baca suami rita mengaibkan isteriny. rita kata aidil tak matang..cuba fikirkan berapa umur aidil dan berapa bezanya dgn umur rita pula..bukankah ini risiko yang perlu rita fikirkan sblm berkahwin. Dlm twitter rita bergaduh dgn adik aidil..cb bygkan apa perasaan rita jika adik rita diaibkan sehingga satu malaysia boleh tahu? andai rita syg keluarga maka fikirkan yang terbaik. tq

    • Anonymous says:

      ko tau tak adik aidil tu suka cari pasal dengan rita, dulu gila rita, rita xlayan terus meroyan xabis2

    • sudahlah... says:

      tak sudah2 kata zafuan gilakan Rita…masa tu budak2..sekarang ni tentu lega, dahlah RR tu tua, ego pula, mulut pot-pet….muka pun macam muka cucuk….

  2. peminat says:

    kak rita ni kan , aidil tu nk berbaik , terima ajelah . nnti kalau dia tarik balik , jangan nak pergi bagitau semua reporter tentang perkahwinan kak rita pulak . peace ~

  3. frankrose says:

    kahwin dulu pun dah kat thailand, hati orang tua pun dah terusik masa tu, asal mulanya pun dah macam tu, akhirnya pun macam ni lah….. peringatan lah utk orang sekarang, orang yang pandai belajar dari kesilapan sendiri, orang yang cerdik belajar dari kesilapan orang lain, orang tak tak berapa cerdik tak belajar2 apa pun…. adios

  4. awek cun says:

    Orang lain pun ada masalah dalam perkahwinan juga. Pandai-pandaile nak menghadapi dan menyelesaikannya. Kita ni kalau boleh masalah dalaman perkahwinan ditutup supaya org luar tak tahu dan hanya keluarga terdekat je yg tahu. Lain pulak ceritanya dengan Rita ni. Satu Malaysia dah tahu. Buat malu keluarga dia je. Kalau nak berpisah buat cara baik dan jaga maruah diri dan keluarga masing-masing. Org lain kalau dah berpisah pun masih boleh berbaik demi anak-anak.

  5. ZYRIN says:

    ape la bodo kau ni rita..dulu nak cerai ko yg xnak..skrg da nak berbaik ko ckp byk lak…nmpk sgt kebodohan n ketidakmatangan ko.ko ckp laki ko xmatang..ko pun sama lah..mula dulu aku kesian skrg dah nyampah lak..nmpknya dua2 pun kurang didikan jgn pandai ckp jer..ko suma nak hebat2 n mahal..dahla degil…ikut jelah laki ko tu jgn tjk pandai sgt..

Loading...