Ya kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, pastinya anda tahu berita mengenai kekasih Hanez Suraya yang sedang bertebaran dengan begitu pantas sekali. Khabarnya kekasih yang bakal dikahwini itu adalah suami orang yang mempunyai 2 orang anak. Memang terkejut beruk Abang Nara apabila membaca dakwaan tersebut. Takkanlah Hanez kejam sangat sehingga mahu menghancurkan rumahtangga orang lain.
Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya mendakwa dirinya difitnah oleh bekas isteri kekasihnya itu. Kata Hanez:-
Sebenarnya lelaki itu adalah seorang duda anak dua ketika kami mula berkawan dan bukan suami orang seperti yang didakwa. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-macam selepas saya mendedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?
Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang.
Khamis ini, Hanez Suraya akan membuat satu sidang media untuk menerangkan kontroversi ini. Hanez berharap dengan penjelasan itu kelak, masyarakat akan mengetahui cerita sebenar. Abang Nara pun tak sabar nak tahu siapa yang betul. Sama-sama kita nantikan.