“Dia Dijerut Bukan Terjerut!” – Kes Bayi Maut Terjerut Buaian, Bapa Tuntut Keadilan

Berita

“Dia Dijerut Bukan Terjerut!” – Kes Bayi Maut Terjerut Buaian, Bapa Tuntut Keadilan

Terdahulu, rata-rata media sosial digempar dengan satu berita yang amat menyayat hati apabila bayi berumur 15 bulan disahkan meninggal dunia akibat terjerut buaian di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Baru-baru ini, bapa kepada kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Yuseri Yusoff telah memuat naik hantaran di laman Facebook miliknya yang menuntut keadilan atas kematian anaknya, Nour Rania Asyifa Yuseri.

Advertisement

Menurutnya, anaknya telah dijerut dan bukan terjerut kerana timbul satu keraguan apabila kesan jerutan yang terdapat pada anaknya berbentuk satu garisan lurus dan langsung tidak berbentuk seperi jaringan buaian.

nour

Baby Syifaa dijerut bukan terjerut! Sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kepada Baby Syifaa kerana aku tahu beliau berbohong!

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata polis telah menjalankan siasatan secara menyeluruh dengan bantuan kepakaran pakar forensik.

Saya tidak boleh (komen) kata ada unsur jenayah atau tidak, tunggu keputusan pihak pendakwa raya.

nanda

Dalam pada itu, Nanda memaklumkan sehingga kini polis tidak menerima sebarang aduan atau laporan daripada bapa bayi itu dan hanya maklum selepas membaca hantaran yang tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bayi maut, rupanya taska tak berdaftar
3 years ago

Bayi 15 Bulan Maut Tersangkut Buaian, Rupanya Taska Tak Berdaftar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...