“Dia Dibawa Keluar Menaiki Sebuah Kenderaan Bercermin Gelap..” – Prosiding Pegawai Kanan Polis Hanya Bertahan Lima Minit

Trending

“Dia Dibawa Keluar Menaiki Sebuah Kenderaan Bercermin Gelap..” – Prosiding Pegawai Kanan Polis Hanya Bertahan Lima Minit

Terkini, Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden (DSP) yang didakwa telah melanggar seorang pelajar berumur 17 tahun bernama Muhammad Zaharif Affendi telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Ipoh dengan kawalan yang cukup ketat.

Menurut sumber, waktu ketibaan didakwa gagal dirakam kerana dipercayai tertuduh sudah berada di premis mahkamah tanpa pengetahuan pihak media yang menunggu di kawasan pintu pagar utama bangunan tersebut.

Advertisement

Prosiding pendakwaan terhadap pegawai kanan polis itu hanya berlansung selama lima minit dan menurut laporan, tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Utusan Malaysia (@utusanonline)

Setelah tamatnya prosiding tersebut, tertuduh dibawa keluar dengan menaiki sebuah kenderaan bercermin gelap dengan diiringi oleh empat kenderaan lain untuk berarak keluar dari tempat tersebut.

Pekarangan mahkamah turut dibanjiri dengan kehadiran orang ramai sebagai tanda solidariti terhadap keadilan siasatan kes berkenaan.

kes adik zaharif
5 months ago

"Masa Lenyek Anak Orang Takde Sekelumit Rasa Malu Pun" - Tular Wajah DSP Mohd Nazri Ditutup, Polis Kawal Ketat Di Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...