Terkini, Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden (DSP) yang didakwa telah melanggar seorang pelajar berumur 17 tahun bernama Muhammad Zaharif Affendi telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Ipoh dengan kawalan yang cukup ketat.
Menurut sumber, waktu ketibaan didakwa gagal dirakam kerana dipercayai tertuduh sudah berada di premis mahkamah tanpa pengetahuan pihak media yang menunggu di kawasan pintu pagar utama bangunan tersebut.
Prosiding pendakwaan terhadap pegawai kanan polis itu hanya berlansung selama lima minit dan menurut laporan, tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
View this post on Instagram
Setelah tamatnya prosiding tersebut, tertuduh dibawa keluar dengan menaiki sebuah kenderaan bercermin gelap dengan diiringi oleh empat kenderaan lain untuk berarak keluar dari tempat tersebut.
Pekarangan mahkamah turut dibanjiri dengan kehadiran orang ramai sebagai tanda solidariti terhadap keadilan siasatan kes berkenaan.