Walaupun mempunyai keluarga yang bahagia dengan dikurniakan dua orang cahaya mata, wanita asal Indonesia yang bernama Aprila Majid diuji dengan dugaan yang berat apabila suaminya, Muchamad Zhacky hilang tiba-tiba sejak Mei 2023.
Suami hilang sejak Mei 2023
Kisah tersebut bahkan pernah dikongsikan oleh Aprila apabila mengikuti pengajian agama bersama Ustaz Hilman Fauzi sekitar Mei tahun ini.
Wanita itu serta keluarga telah membuat laporan polis tetapi masih menemui jalan buntu, tetapi dia sama sekali tidak putus harapan berdoa agar mereka kembali bersatu dan cuba menyibukkan diri dengan hal-hal positif untuk rawat sedih di hati.
Ditemui sedang berfoya-foya, mabuk di kelab malam
Bagaimanapun, selepas 2 bulan video luahan hati Aprila di majlis ceramah itu tular, keberadaan suaminya telah diketahui tetapi siapa sangka Zhacky ditemui sedang berfoya-foya di sebuah kelab malam dalam keadaan mabuk, malah turut bersama seorang wanita.
⚠️TW Pencarian⚠️
Kami sdh menemukan suami @aprilamajid dan mohon maaf tidak sesuai harapan istri..
– Alamat Kos di Bali beberapa bulan mei – Nov 2023
– NIK baru
– Lokasi saat ini
Beberapa data tdk bisa kami share sudah kami share ke istri
Cat Warrior terimakasih supportnya pic.twitter.com/NnWgFbhP1t— dhemit_is_back (@dhemit_is_back) August 10, 2024
Difahamkan, suami Aprila menukar beberapa kali alamat rumahnya dan juga identiti agar tidak dapat dikesan dan hasil siasatan, lelaki itu pernah menghubungi kakaknya melalui Instagram berkata akan pulang, namun janji tersebut tidak ditepati.