Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memilih untuk tidak memberikan apa-apa respon yang melibatkan Aliff Aziz meskipun aktor itu bercakap tentang anak-anak mereka.
Apa-apa saja berkaitan dengan bekas suami, saya enggan komen. Dia dah tiada dalam hidup saya.
Itu kata pelakon berusia 31 tahun itu kerika ditanya dan diminta ulas kenyataan Aliff Aziz dalam satu temu bual bersama Berita Minggu Singapura baru-baru ini.
Kata Bella, tiada keperluan lagi untuk dia bercakap bagi pihak Aliff kerana ia bukanlah perkara yang mudah selain perlu menjaga hati banyak pihak.
Bukan senang terutamanya ramai pihak dan banyak hati yang saya nak jaga. Saya memang tak tahu bab itu. Jadi saya doakan yang terbaik untuk semua pihak. Itu saja.
Terdahulu, Aliff telah meluahkan kerinduan terhadap dua anaknya Ayden Adrean dan Ara Adreanna selepas dikatakan tidak berhubung sejak awal tahun ini.
View this post on Instagram
Dalam temu bual itu, penyanyi berusia 34 tahun tersebut bagaimanapun menyatakan rasa syukur dan lega kerana dua anaknya dikelilingi orang-orang yang menyayangi mereka.
Selain mendoakan kebahagiaan Bella, Aliff turut menjelaskan dia kini memberi fokus utama untuk memulihkan diri dan membina semula kehidupan selepas pelbagai ujian.