Aliff Aziz yang telah dijatuhi hukuman penjara dua minggu fan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura dilaporkan telah selesai menjalani hukuman dan dibebaskan pada Ahad lalu.
Dia dijatuhkan hukuman berkenaan setelah didapati bersalah mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.
Isterinya, yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika ditemui media menyifatkan bahawa suaminya itu sudah selesai menerima balasan dunia dan berbangga dengan Aliff kerana tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya.
“Aliff sudah menerima balasan dunia dan sedang memperbaiki dirinya. Saya selalu pesan kepadanya supaya sentiasa kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapannya. Dia pun tak lari daripada apa yang dia dah buat. Kes itu tak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas sebab itu dia kena juga jalani hukuman yang ditetapkan,”
Dalam pada itu, Bella turut mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang sentiasa mendoakan perkara baik-baik terhadap Aliff namun mengakui masih ada juga ‘mulut-mulut’ jahat yang mengatakan suaminya masih tidak berubah.
“Tak semua orang berani mengaku kesalahan dan saya bangga dengannya. Alhamdullilah ramai yang mendoakan tapi ada juga mulut-mulut jahat yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama,”
View this post on InstagramWe’re here!!!!! Kalau nak rasa laksa Bella, datang @havocfoodfestival tau??
Bella yang ditemui ketika majlis pelancaran Havoc Food Festival 3.0 di Stadium Shah Alam baru-baru ini dilaporkan sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan makanan sebagai usaha menambah pendapatan gara-gara pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan kehidupan selebriti di Malaysia.
Sumber : Media Hiburan