Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Dah Tak Suka, Biarlah..” Tular Video Bersama ‘Kembar 7G’, Rosyam Beri Penjelasan

Baru-baru ini, tular di media sosial terutamanya Twitter apabila sebuah video memaparkan pelakon senior, Rosyam Nor sedang menemubual ‘kembar viral 7G’ iaitu Ieka Tajudin dan Iera Tajudin di laman Youtube.

Rosyam NorSumber : Google  

Sekadar info, kembar Ieka dan Iera itu sebelum ini telah mencuri perhatian netizen apabila mereka berdua telah memperoleh keputusan gagal hampir kesemua subjek dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement

Berikutan itu, video kembar tersebut bersama Rosyam telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan segelintir netizen apabila ada yang mendakwa pelakon itu seolah-olah menggalakkan golongan muda untuk tidak terlalu mengutamakan soal akademik dalam kehidupan.

Iera IekaSumber : Media Hiburan  

Dia yang diminta untuk mengulas lebih lanjut tampil menyatakan bahawa Allah telah menetapkan rezeki buat setiap individu dan sebagai orang yang lebih ‘makan garam’, dia terpanggil untuk memberikan nasihat.

“Kejayaan dan rezeki seseorang itu kita tidak pernah tahu. Kalau dia dah tak berminat ke arah itu, saya sebagai yang lebih tua harus beri motivasi pada dia. Dia tak suka pada akademik tapi suka pada perniagaan. Jadi dia dah tak suka, biarlah dia teruskan dengan perniagaan. Saya juga bantu dia untuk promosikan perniagaan dia. Itu je niat dia.”

Rosyam juga turut berkata bahawa sebagai orang yang lebih tua, dia hanya boleh memberi nasihat kerana mungkin bagi mereka berdua, akademik itu tak penting tapi lain pula pada orang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Dalam pada itu, pelakon filem Laila Isabella ini turut menegaskan bahawa dia enggan mengambil peduli mengenai mereka yang memberi kecaman terhadap dirinya kerana menganggap semua orang berhak meluahkan pandangan masing-masing.

“Saya sebenarnya melihat ke ‘padang’ yang saya pergi. Kalau dia jenis macam ni, saya akan bermain dan mengikut rentak dia. Kalau ke tempat lain, mungkin situasinya berbeza.” – Rosyam Nor

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. tecit

    March 8, 2021 at 10:57 am

    aku faham rosyam just nk support these girls. but he should give them the hard truth too. business can get you where u want. but knowlegde can get you over everything else in the WORLD. die nk sokong boleh tp still die kene jgk btau dorg its not right to just neglect your education. n at least btau la education pon boleh sambung walapun usia kau dah 60 tahun. education never stops. u can start later n now continue with your business but dont bury your sense of education. manusia ni Allah beri fitrah utk ade curiosity. nak tau tu nak tau ni. samela mcm business u cant stop at where you already are. mstila nak lebih kan. mcm tula education. once kau dah belajar kau akan rase ilmu kau tu sikittt sgt nk dibanding dgn ilmu Allah ni. same jgk dgn business, kau rase kau dah kaye, sbnrnye lagi ade yg kayeeeee dr kau.

  2. luasnya dahi

    March 7, 2021 at 2:28 pm

    org kata dahi luas ni bijak, tp utk kembar berdua ni………. ermmmmmmmmm ermmmmmmmmmmmm

  3. ogktrktp

    March 6, 2021 at 1:12 pm

    ramai org salah paham. SPM mmg bukan kayu pengukur dalam kehidupan. tp berusaha nk jadi manusia berguna tu yg akan membentuk karakter manusia

    di sekolah, pelajar dilatih untuk submit homework, berusaha hingga berjaya, berkongsi ilmu dengan kawan2, hormat guru dan sbgnya. ini lah acuan yg akan membentuk karakter seseorg

    tp kembar ni, sudahlah malas, subjek BM tu, kalau x boleh dpt A pun, koman2 bagi lulus, subjek pendidikan islam tu, ia merupakan cara hidup yg dh sebati sejak lahir, takkan itu pun x boleh lulus?? jadi jelas di sini, kembar ni malas tahap melampau. sudahlah malas, tak hormat guru pula.

    ya, mmg dia berjaya dlm perniagaan. tp itu pun sbb bersandarkan rupa paras. adakah rupa paras akan kekal lama? kalau mereka tiada ilmu, lps tu tiada sifat ‘sentiasa berusaha/tak putus asa’ dalam nilai diri mereka, adakah mereka akan berjaya? rupa paras takkan kekal lama. tgk aje mira filzah, tak sampai berapa bulan kawen, terus sendu. mujur lah dpt suami kaya. kalau ditakdirkan jodoh tak panjang, laki kne sailang, apa budak2 perempuan ni akan buat?

    tgk juga selebriti2 yg berhempas pulas bina perniagaan, ada jual makanan (zarina zainuddin), ada jual baju pre loved (DD), ada jual kosmetik (Hanis zalikha), fazura,etc.. mereka pun x mampu nk dptkan income dari perniagaan semata2. masih kne buat paid review, kne amik job lakonan. tapi, sampai bila akan ada market? pelakon baru sentiasa muncul. instafemes baru sentiasa muncul. lama kelamaan, org akan beralih ambil pelakon/instafemes yg lebih meletopp.. bukan nya semua artis yg berniaga tu mampu mencapai tahap neelofa

    jadi sedarlah, ilmu shj yg dpt menjamin masa dpn. siapa2 yg anggap pelajaran tu hnya sekeping sijil, dia salah. bukan gred atas sijil tu yg dipertaruhkan. tp sifat jati diri yg dibentuk dalam ‘journey’ menimba ilmu tu yg ditekankan. ada org dh biasa kne spoonfeed dgn cikgu waktu sekolah, cikgu spot soalan exam, bila masuk uni, tak mampu nk berdikari. tak pandai nk bawa diri bila buat grp assignment. masih mengharapkan spoonfeed. masih harap boyfriend bg tiru hwork. last2 x grad pun. semua sbb sikap MALAS. lps tu, ada pula yg menyokong dan menggalakkan

    kembar ni akan bg impression pd bdk2 sekolah, xyah belajar tggi pun boleh pakai kereta mewah dik.. #sibodohkaudgrsini!! zarinaz mazhar hakim pun boleh kne cerai dgn sultan brunei, mujur laa dia ex sultan brunei, maka nafkah iddah nya lumayan. kalau level2 ko ni? tak tentu lg menjamin laki x kne sailang kan? maka ilmu tu je lah yg boleh protect kau

  4. Lily

    March 5, 2021 at 6:36 pm

    X kisah la gagal spm yg penting budak2 ni hebat perniagaan maju kaya raya berjaya.. spm pandai belajar pandai2 tak tentu berjaya pun..

    • Anti Usahawan

      March 8, 2021 at 1:26 pm

      haah.so lepas ni boleh la stop anak sekolah tu.
      ye la belajar pandai2 belum tentu berjaya kan?

  5. Anonymous

    March 5, 2021 at 3:51 pm

    sape pulak kembar 7G ni? tertinggal keretapi makcik. kalau gagal tapi dah cuba buat yg terbaik takpelah.. tapi kalau gagal sebab pemalas dan berbangga pulak tu memang melampau. kesian mak pak. budak2 ni gagal teruk pasal apa? walaupun xde cita2 nk jadi doktor, atau engineer dan cuma nk jd selebriti atau meniaga sekalipun jgnlah melingkup sangat. ramai ja org yg kerja kg, berniaga tapi xdelah seteruk ni result? ke memang budak2 ni ada masalah kesihatan atau sebagainya?

    • nani

      March 6, 2021 at 7:54 pm

      Mungkin masalah otak tidak bersambung ke kepala. Sebaliknya bersambung terus ke kepala lutut.

    • Abg Black

      March 8, 2021 at 1:28 pm

      makpak dia tak kisah pon.
      mak pak siap tolong lg setup business juta2.
      lps tu ada pulak melayu mcm nama Lily atas tu yg menyokong tindakan dorg.

      masih tetanya kenapa melayu tak maju? sebab ada org bodoh yg sokong org2 bangang mcm ni.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama