Sedia maklum, pelakon hebat, Nabila Huda sebelum ini pernah memberitahu kepada media bahawa dia sama sekali tidak kenal dan rapat dengan selebriti bernama Nad Zainal.
Terbaru di Melodi, aktres tersebut menegaskan bahawa dia tiada istilah merajuk dalam hidupnya dan tetap bertegas bahawa dia tidak mengenali Nad Zainal.
Dipertanyakan soal posting Sharifah Sakinah, pelakon itu berkata mungkin rakan baiknya itu mempunyai pandangan sendiri serta merasakan ayat yang ditulis sangat tepat dan padat.
View this post on Instagram
Pelakon yang lebih mesra dipanggil Abil itu memberitahu dia sudah lupa dengan posting bergambar dengan Nad serta janji untuk menjaganya.
Dia dah tak ada dalam kepala otak saya. Saya tak pernah ada sahabat macam itu.
Sebelum ini, jawapan Nabila Huda mengenai isu bersama Nad Zainal telah menarik perhatian selepas dia memilih untuk menjawab bahawa dirinya tidak kenal dengan aktres tersebut serta disekat di media sosial.